Tuesday, 10 November 2009

Berita Sedih

 
 Tinggal kenangan

Dukacita dimaklumkan itik kesayangan Hakim yang pandai posing itu telah mati dibaham seekor kucing pada 9 November 2009 pada jam 4.00 petang. Itik tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala dan leher. Ia telah selamat dikebumikan di tepi tasik depan rumah Pak Ngah.
 
Walau bagaimanapun, itik yang seekor lagi (itik betina yang berlari macam peluru tu) telah berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam parit di depan rumah Pak Ngah. Dia bersembunyi dibawah jambatan parit itu sehingga ditemui oleh anak Pak Ngah, Hadi. Itik itu berada dalam keadaan trauma apabila ditemui. Hakim yang masih dalam keadaan sedih berjanji akan membalas dendam ke atas kematian itik kesayangannya itu. Kucing pembunuh itik itu masih tidak dapat dikesan.







 

 Kini itik ini tinggal sebatang karah

Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini. Hanya Allah jualah yang kekal untuk selama-lamanya.