Thursday, 17 September 2009

Menulis Kapsyen Bahagian 2

Penulisan Kapsyen Yang Berkesan
  1. Kapsyen ialah tajuk, penerangan ringkas, atau huraian yang mengiringi suatu ilustrasi atau gambar.
  2. Mengapa perlu kapsyen? Pembaca akan melihat gambar dan secara mental merakam semua maklumat visual yang terdapat pada gambar.
  3. Biasanya pembaca hanya melihat sepintas lalu dan tidak menyedari aspek-aspek penting di dalam gambar itu.
  4. Jika gambar yang dilihat oleh pembaca adalah menarik maka mereka akan membaca kapsyen di bawah gambar untuk mengetahui huraian mengenai gambar tersebut.
  5. Setelah memahami kapsyen, pembaca akan melihat semula pada gambar tersebut. Oleh itu kapsyen perlu memberikan penerangan yang tepat dan berkesan.
  6. Maklumat Dalam Kapsyen ialah 5H 1W iaitu
  • Who - Siapa? “Siapa di dalam gambar?”
  • Why - Mengapa? “Mengapa gambarnya di dalam akhbar?”
  • What – Apa? “Apa yang berlaku padanya?”
  • When – Bila? “Bila ia berlaku”
  • Where – Di mana? “ Di mana ia berlaku?”
  • How – Bagaimana ia berlaku?
  1. Kapsyen harus memberi penerangan yang memberi kepuasan kepada pemahaman pembaca.
  2. Apa yang kelihatan jelas di dalam gambar tidak perlu diberikan penerangan, misalnya “Ah Lek tersenyum…”.
  3. Kapsyen mesti memberikan maklumat yang tidak dapat diberikan oleh gambar.
  4. Maklumat kapsyen mestilah tepat dan padat.
  5. Jangan membuat kesimpulan atau interpretasi sendiri mengenai seseorang dalam gambar.
  6. Berikan sahaja maklumat yang akan membantu pembaca untuk membuat penilaian, interpretasi dan keputusan sendiri.
  7. Kenali orang utama dalam gambar.
  8. Pastikan semua ejaan dalam kapsyen adalah tepat dan tiada penggunaan cliches.
  9. Elak menggunakan frasa “Gambar menunjukkan…”, “Ah Lek kelihatan…”.
  10. Gunakan present tense. Misalnya, “Pak Lah merenung masa depannya…”
  11. Gambar lama mesti dinyatakan bila ia diambil.
  12. Jangan tulis sesuatu yang lucu sedangkan gambar tidak begitu.
  13. Bahasa percakapan adalah terbaik.
  14. Quotes atau kata-kata seseorang dalam gambar adalah sesuai digunakan.
Sila berikan caption kepada dua gambar berikut.


Selamat belajar photojournalism.