Monday, 31 August 2009

Astana Raja, Tampin, Mesin Pemotong Rumput, Anak Angsa dan Anak Itik









Hari Sabtu 29 Ogos 2009, Pak Ngah dan keluarga pergi ke Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan untuk berbuka puasa dengan emak, ayah, Yati, Vim (suami Yati), Milah, Ijam (suami Milah), dan lain-lain. Sampai di rumah Yati, Pak Ngah tengok Vim sedang memotong rumput di laman rumah mereka.


Lepas tu Pak Ngah bawa Hakim, Hadi dan Adam (anak Milah dan Ijam) jalan-jalan ke Tampin. Hajatnya nak beli anak angsa dalam tiga, empat ekor tapi harganya boleh tahan juga jadi cukuplah dengan anak itik yang murah iaitu RM18 untuk empat ekor.