Monday, 17 August 2009

Finally we got you, Mrs Barra!

Setelah empat kali terlepas akhirnya salah seekor siakap bersaiz mega dalam Tasik Dedap berjaya ditumpaskan oleh Ajib dengan bantuan Harith (tukang tangguk) dan Pak Ngah (tukang ambil tangguk). Oh ya, Ajib juga menggunakan rod ATC, reel Ryobi dan tali braided kepunyaan abahnya (tumpang glamour!).

Bila dapat ikan semua orang tumpang glamour!

Kali pertama siakap ni terlepas ialah pada 5 Ogos 2009. Pak Ngah menggunakan gewang EcoGear. Sungguh mudah sang siakap mematah dan meluruskan matanya (lihat gambar di bawah).

Mungkin ikan yang makan gewang Pak Ngah ni bukan ikan yang Ajib dapat. Sebab ia sangat besar sehingga Pak Ngah tak boleh pusing multiplier Abu Revo dan tarik rod Bassterra tu!

Siakap membaham gewang pancing Pak Ngah dan melarikannya hingga ke seberang tasik ini. Nyaris habis tali! Namun satu mata pancing itu patah dan dua lurus dan ia berjaya melepaskan dirinya.

Kali kedua, sang siakap tu berjaya memutuskan perambut 50kg yang digunakan oleh Ajib. Gewang Ecogear pun ditelannya sekali.

Gewang Ecogear yang Ajib pakai tu dah ditelan oleh sang siakap!

Untuk kali ketiga, sang siakap ini berjaya melepaskan dirinya dari gewang Pak Ngah walaupun ia sudah hampir-hampir didaratkan. Mata gewang itu lurus lagi.

Kali keempat memang kelakar. Kawan Pak Ngah, Hery, cuba memancing ikan itu dari atas kayak. Bila sang siakap membedal gewangnya, Hery tak tau macam mana nak daratkannya. Akhirnya ikan itu menarik Hery dan kayak itu sekali ke tengah Tasik Dedap sehingga mata gewang itu jadi lurus dan ia terlepas.

Akhirnya pada 16 ogos 2009, jam 7.13 petang Siakap ini telah berjaya didaratkan. Ia terpaksa dimasukkan ke dalam kolam depan rumah Pak Ngah kerana luka pada tubuhnya. Bila ia sudah sihat maka Pak Ngah akan lepaskan ia semula ke Tasik Dedap.

Tumpang glamour, bang! Nampak macam ringan tapi selepas posing, ikan tu jatuh dan cedera!

Kami tak tau berapa berat Sang Siakap ni. Tapi Pak Ngah rasa antara 5kg ke 8kg agaknya. Cubalah agak sendiri.

TERIMA KASIH KERANA SUDI HADIR

Assalamu alaikum wbkt,

Pak Ngah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog Pak Ngah yang telah sudi hadir ke Majlis Kesyukuran dan Menyambut Ramadhan yang diadakan baru-baru ini.

Harapan Pak Ngah semoga anda semua sudi lagi datang ke rumah Pak Ngah tak kiralah sama ada acara atau tidak.

Terima kasih daun keladi and May Allah SWT Bless You.