Thursday, 6 August 2009

Masuk ER, Hospital Serdang

Pak Ngah tak pernah masuk hospital. Apa tah lagi masuk wad kecemasan menaiki ambulans atas stretcher. Agak mencemaskan tapi suatu pengalaman yang tak akan Pak Ngah lupakan.

Begini ceritanya, pada hari Khamis 30 Julai 2009, Pak Ngah telah membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UPM kerana batuk yang telah lama tak sembuh-sembuh. Di sana, Dr Muizatul Wahida Mohd Najib mendapati melalui filem x-ray jangkitan paru-paru Pak Ngah agak membimbangkan.

Pak Ngah kemudian hantar dengan ambulan ke Hospital Serdang. Ini di gambar yang Pak Ngah ambil ketika dia atas stretcher di sana.

Bawah selimut tu ialah kaki Pak Ngah. Baru saja masuk ke ER Hospital Serdang.

Ramai orang keluar masuk di ER ni. Doktor semuanya sibuk, muda tapi bertanggungjawab. Dr Chieng merawat Pak Ngah dengan baik walaupun penggunaan bahasanya kelakar sikit. "Adakah kamu doktor?" dia bertanya. Hehehe ... Teringat Pak Ngah seorang pelajar bercakap macam tu dengan Pak Ngah. "Adakah kamu percuma pada minggu hadapan?". Perfect National Language!

Pesakit perempuan yang di atas katil tu nak minta ditukarkan ke Hospital Sentosa (hospital swasta). Katanya perkhidmatan di Hospital Serdang sangat lambat. Dia sudah dimasukkan ke ER sejak jam 1.30 pm (dah 5 jam) sebab pengsan semasa di pejabat dan tiada doktor yang merawatnya.

Pak Ngah juga sepatutnya masuk wad pada hari tu tapi katil semua dah penuh. Ramai betul orang sakit! Dr Chieng kata Pak Ngah perlu berehat sahaja di rumah dan makan ubat yang diberikan.

Isteri Pak Ngah dengan perasaaan tertekan duduk di sebelah katil Pak Ngah. Dia seorang isteri yang sangat taat dan bertanggungjawab dengan kesihatan dan kehidupan Pak Ngah. Thank you, my love. Tapi Pak Ngah langsung tak rasa tertekan. Pelik betul!

Sempat juga dinner di hospital ni. Lauk ayam masak apa ya? Ayam masak Bali, kot? Ada sup sayur dan jelly warna hijau tu. Jelly tu aje yang Pak Ngah ada selera nak makan.

Sekarang 6 Ogos 2009, keadaan Pak Ngah dah OK sikit. Batuk dah kurang tapi badan masih lemah. Dr Chieng kata antibiotik yang dia beri tu adalah kuat. Kalau dah habis makan tapi masih belum sihat maka dia kata Pak Ngah mesti masuk wad. Hari ini hari penghabisan Pak Ngah makan antibiotik tu. Doakan Pak Ngah sihat dan tak masuk wad. Jazakallah.