Thursday, 4 June 2009

Ya Allah, Janganlah kau jadikan ziarah ini sebagai ziarah yang terakhir bagi kami.

Alhamdulillah, pada 24 Mei hingga 4 Jun 2009 yang lepas, Pak Ngah dan Mak Ngah telah pergi buat umrah di Makkah Al-Mukarrah dan Madinah Al-Munawarah. Pak Ngah yakin ramai orang sudah melawat berbagai tempat di dunia seperti New York, London Paris, Tokyo, Beijing, Kuala Lumpur tetapi tak satu pun boleh menandingi umrah ke Makkah dan Madinah. Percayalah cakap Pak Ngah ni.

Kronologi Ziarah Umrah
24 Mei 2009 - Bertolak dari KLIA jam 3.00 petang.

Rombongan yang menghantar Pak Ngah dan Mak Ngah di KLIA.

KLIA mungkin merupakan lapangan terbang yang paling cantik di dunia.


Bila pesawat Saudi Arabian Airline mula masuk ke negara itu, inilah yang Pak Ngah nampak. Padang pasir dan padang batu. Kami tiba di Jeddah pada waktu petang nak masuk waktu Maghrib.

Dari Jeddah kami menaiki bas ke Madinah dan berhenti di surau ini untuk solat Maghrib dan Isyak jamak.

Tiba di Madinah pada 25 Mei, jam 3.00 pagi dan menginap di Hotel Dallah Taibah (di bawah).

Pemandangan dari bilik Pak Ngah.

Dan terus ke Masjid Nabawi (di bawah) untuk solat subuh pada jam 4.00 pagi.


Masjid Nabawi ialah sebuah masjid yang sangat besar, mungkin boleh memuatkan beratus ribu orang dalam satu waktu solat berjemaah. Pak Ngah tak dapat ambil gambar di dalam masjid ini kerana ia tidak dibenarkan oleh pegawai yang menjaga masjid. Jadi Pak Ngah ambil dari luar sahaja.

25 Mei 2009, Isnin - Aktiviti ziarah Maqam Rasullulah (SAW), Abu Bakar (RA) dan Umar (RA). Kemudian bersolat di Raudah di dalam Majid Nabawi (Sorry tak ada gambarnya ... HARAM!!! Kata pengawal maqam).

26 Mei 2009, Selasa - Melawat Masjid Quba.



26 Mei 2009, Selasa - Jabal Uhud.



Bersambung...