Saturday, 2 May 2009

Mahasiswa UPM di Pulau Perhentian

Pak Ngah baru balik dari Pulau Perhentian. Dari 26 hingga 30 April 2009 pelajar-pelajar kursus KOH3432 Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan telah pergi ke Pulau Perhentian untuk melaksanakan projek penyelidikan mereka.

Sebelum bertolak pelajar Pak Ngah diberikan taklimat mengenai projek tersebut.

Semua sudah bersedia. Kami bertolak dari Kolej Canselor, UPM pada jam 11.30 malam.

Inilah dua bas yang dinaiki oleh pelajar dan Pak Ngah.


Kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 7.30 pagi dan berhenti untuk sarapan.

Selepas sarapan perjalanan diteruskan ke Kuala Besut untuk naik bot ke Pulau Perhentian.


Menunggu bot di Kuala Besut


Semua dah sedia untuk bertolak ke Pulau Perhentian

Bot yang kami naiki tidak laju. Laut pula tak bergelora. Jadi tak ada orang yang mabuk laut.

Inilah yang mula-mula kami nampak apabila tiba di Pulan Perhentian.

Kanak-kanak Pulau Perhentian baru balik dari Tadika.

Pak Ngah terjun untuk mandi laut di Pulau Perhentian. Macam pro kan?

Di bawah ni anak Pak Ngah nama Ajib pulak yang terjun. Ini disebut sebagai Terjun Katak.