Saturday, 7 November 2009

Itik Kesayangan Hakim

Ini adalah gambar-gambar anak itik yang semakin membesar dipelihara dengan kasih sayang oleh anak Pak Ngah, Hakim.


 Pada mulanya Pak Ngah beli empat ekor tapi seekor mati dan seekor lagi hilang entah ke mana.

 
 Yang ini betina dan saiznya kecil tapi larinya macam peluru.


Pagi-pagi lagi Hakim akan melepaskan dua ekor itik kesayangnya ini dari reban.


Tempat pertama mereka akan pergi ialah dapur.


Pak Ngah ambil gambar ni ketika itik-itik ni menuju ke dapur dan yang seekor ni ternampak Pak Ngah sedang mengambil gambarnya. Tak sangka dia pandai posing.


Satu perkara yang kurang menyenangkan Pak Ngah tentang memelihara itik ialah dia akan melabur di mana saja dia suka.


Lepas tu dia pergi macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kesian Hakim.

6 comments:

  1. Comel nya anak itik Pak Ngah..tp kenapa bulu dia jarang2, suruh Hakim bawa pi Saloon..hehee

    ReplyDelete
  2. Itik ni memang ganas. Kalau dia lapar dan tak ada makanan dia akan makan bulu kawannya. Sebab tu habis togel semuanya. Lama tak dengar berita dari Linda. Pak Ngah dan Mak Ngah akan bertolak ke Tanah Suci Makkah pada 13 Nov 2009 hingga 23 Dis 2009. Maaafkan segala kesilapan kami dan doakanlah kesejahteraan kami di sana nanti, insya Allah.

    ReplyDelete
  3. Ganas nya makan bulu kawan sendiri..he

    Linda dah tutup berita..hahaha
    Nothing special as usual buzy working at hospital with a lot of patient.huh

    Insya'allah..Linda doakan semoga semua nya dipermudahkan utk Pak Ngah & Mak Ngah supaya mndapat Haji yg mabrur.Ameen.

    Take Care utk Pak Ngah dan Mak Ngah jgn lupa jaga kesihatan ketika di sana. Bawalah apa-apa bekalan yang patut. Face Mask, vitamin, and simple medication for prevention.

    Doakan Linda juga semoga dipermudahkan menjadi tetamuNya selalu. Insya'Allah

    ReplyDelete
  4. itik2 tu mcm dah botak je...hehehe

    owh..pak ngah n mak ngah dah nak gi Makkah ek...May Allah always be with the two of you... :)

    ReplyDelete
  5. Thank you Maria. Lama dah tak dengar khabar dari maria. Pak Ngah dan Mak Ngah berdua memohon maaf kalau ada apa-apa kesilapan kami terhadap Maria dan doakan kami selamat sejahtera semasa di sana. Insya Allah.

    ReplyDelete
  6. sedih la tgk gambar itik nie..
    lg2 gambar itik time tgh posing tu..
    sedih betul~
    T.T

    ReplyDelete