Tuesday, 10 November 2009

Berita Sedih

 
 Tinggal kenangan

Dukacita dimaklumkan itik kesayangan Hakim yang pandai posing itu telah mati dibaham seekor kucing pada 9 November 2009 pada jam 4.00 petang. Itik tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala dan leher. Ia telah selamat dikebumikan di tepi tasik depan rumah Pak Ngah.
 
Walau bagaimanapun, itik yang seekor lagi (itik betina yang berlari macam peluru tu) telah berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam parit di depan rumah Pak Ngah. Dia bersembunyi dibawah jambatan parit itu sehingga ditemui oleh anak Pak Ngah, Hadi. Itik itu berada dalam keadaan trauma apabila ditemui. Hakim yang masih dalam keadaan sedih berjanji akan membalas dendam ke atas kematian itik kesayangannya itu. Kucing pembunuh itik itu masih tidak dapat dikesan.







 

 Kini itik ini tinggal sebatang karah

Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini. Hanya Allah jualah yang kekal untuk selama-lamanya.

6 comments:

  1. hmmm baru jer bersuka2 dah kisah bersedih plak..=(

    ReplyDelete
  2. salam pak ngah,

    bila penerbangan pak ngah ke Makkah? nanti nak pergi, call saya yer. Boleh kita jumpa di sini. insya allah. kem salam pada mak ngah, ajib, hakim, adi, mariyam dan itik skali. hehehe..

    ReplyDelete
  3. alamak sian nye.
    dah tak de pasangan la itik nih
    :(

    ReplyDelete
  4. Kesian kat hakim..
    masa itik tu mati ajib tgh jalan2 tepi tasik.. tibe2 tedgr akim menjerit.. Sabar je la ye akim..

    ReplyDelete
  5. sorry..dah lama x masuk dlm blog ni..kesian kat akim dan kat itik lagi satu yang tinggal seorg je skrg ni...

    ReplyDelete
  6. Nice Pictures.. The picture on your Blogsite - Heading is simply superb....

    ReplyDelete