Tuesday, 10 November 2009

Berita Sedih

 
 Tinggal kenangan

Dukacita dimaklumkan itik kesayangan Hakim yang pandai posing itu telah mati dibaham seekor kucing pada 9 November 2009 pada jam 4.00 petang. Itik tersebut mengalami cedera parah di bahagian kepala dan leher. Ia telah selamat dikebumikan di tepi tasik depan rumah Pak Ngah.
 
Walau bagaimanapun, itik yang seekor lagi (itik betina yang berlari macam peluru tu) telah berjaya menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam parit di depan rumah Pak Ngah. Dia bersembunyi dibawah jambatan parit itu sehingga ditemui oleh anak Pak Ngah, Hadi. Itik itu berada dalam keadaan trauma apabila ditemui. Hakim yang masih dalam keadaan sedih berjanji akan membalas dendam ke atas kematian itik kesayangannya itu. Kucing pembunuh itik itu masih tidak dapat dikesan.







 

 Kini itik ini tinggal sebatang karah

Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini. Hanya Allah jualah yang kekal untuk selama-lamanya.

Saturday, 7 November 2009

Itik Kesayangan Hakim

Ini adalah gambar-gambar anak itik yang semakin membesar dipelihara dengan kasih sayang oleh anak Pak Ngah, Hakim.


 Pada mulanya Pak Ngah beli empat ekor tapi seekor mati dan seekor lagi hilang entah ke mana.

 
 Yang ini betina dan saiznya kecil tapi larinya macam peluru.


Pagi-pagi lagi Hakim akan melepaskan dua ekor itik kesayangnya ini dari reban.


Tempat pertama mereka akan pergi ialah dapur.


Pak Ngah ambil gambar ni ketika itik-itik ni menuju ke dapur dan yang seekor ni ternampak Pak Ngah sedang mengambil gambarnya. Tak sangka dia pandai posing.


Satu perkara yang kurang menyenangkan Pak Ngah tentang memelihara itik ialah dia akan melabur di mana saja dia suka.


Lepas tu dia pergi macam tak ada apa-apa yang berlaku. Kesian Hakim.