Thursday, 6 August 2009

Masuk ER, Hospital Serdang

Pak Ngah tak pernah masuk hospital. Apa tah lagi masuk wad kecemasan menaiki ambulans atas stretcher. Agak mencemaskan tapi suatu pengalaman yang tak akan Pak Ngah lupakan.

Begini ceritanya, pada hari Khamis 30 Julai 2009, Pak Ngah telah membuat pemeriksaan kesihatan di Pusat Kesihatan UPM kerana batuk yang telah lama tak sembuh-sembuh. Di sana, Dr Muizatul Wahida Mohd Najib mendapati melalui filem x-ray jangkitan paru-paru Pak Ngah agak membimbangkan.

Pak Ngah kemudian hantar dengan ambulan ke Hospital Serdang. Ini di gambar yang Pak Ngah ambil ketika dia atas stretcher di sana.

Bawah selimut tu ialah kaki Pak Ngah. Baru saja masuk ke ER Hospital Serdang.

Ramai orang keluar masuk di ER ni. Doktor semuanya sibuk, muda tapi bertanggungjawab. Dr Chieng merawat Pak Ngah dengan baik walaupun penggunaan bahasanya kelakar sikit. "Adakah kamu doktor?" dia bertanya. Hehehe ... Teringat Pak Ngah seorang pelajar bercakap macam tu dengan Pak Ngah. "Adakah kamu percuma pada minggu hadapan?". Perfect National Language!

Pesakit perempuan yang di atas katil tu nak minta ditukarkan ke Hospital Sentosa (hospital swasta). Katanya perkhidmatan di Hospital Serdang sangat lambat. Dia sudah dimasukkan ke ER sejak jam 1.30 pm (dah 5 jam) sebab pengsan semasa di pejabat dan tiada doktor yang merawatnya.

Pak Ngah juga sepatutnya masuk wad pada hari tu tapi katil semua dah penuh. Ramai betul orang sakit! Dr Chieng kata Pak Ngah perlu berehat sahaja di rumah dan makan ubat yang diberikan.

Isteri Pak Ngah dengan perasaaan tertekan duduk di sebelah katil Pak Ngah. Dia seorang isteri yang sangat taat dan bertanggungjawab dengan kesihatan dan kehidupan Pak Ngah. Thank you, my love. Tapi Pak Ngah langsung tak rasa tertekan. Pelik betul!

Sempat juga dinner di hospital ni. Lauk ayam masak apa ya? Ayam masak Bali, kot? Ada sup sayur dan jelly warna hijau tu. Jelly tu aje yang Pak Ngah ada selera nak makan.

Sekarang 6 Ogos 2009, keadaan Pak Ngah dah OK sikit. Batuk dah kurang tapi badan masih lemah. Dr Chieng kata antibiotik yang dia beri tu adalah kuat. Kalau dah habis makan tapi masih belum sihat maka dia kata Pak Ngah mesti masuk wad. Hari ini hari penghabisan Pak Ngah makan antibiotik tu. Doakan Pak Ngah sihat dan tak masuk wad. Jazakallah.

20 comments:

  1. pak ngah jaga diri baik2..ubat jgn tinggal...

    sempat lagi tu ambik gambar...LOL..

    makanan kat hospital ok x?...masa maria masuk ward dulu makanan mmg mewah giler... :p

    ReplyDelete
  2. pak ngah
    semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  3. Orang sakit mana ada selera makan, Maria. Kalau dia makan maknanya dia sihatlah. Hehehehe.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas doamu Maria dan Fazzy.

    ReplyDelete
  5. sempat lagi pak ngah candid time sakit2 ye..tu namanya semangat..ada semangat insya.. boleh lawan sakit..moga pak ngah sehat sentiase..jage la pantang larang tu..hehe

    ReplyDelete
  6. Bila nak datang ziarah orang sakit, ni? hehehehe

    ReplyDelete
  7. pak ngah .. cepat sembuh.. semoga dipermudahkan urusan.. amin!

    ReplyDelete
  8. sapa nak buat rombongan melawat org sakit? LOL...

    ReplyDelete
  9. sapa nak buat rombongan melawat org sakit? LOL...

    ReplyDelete
  10. Pak Ngah,

    sory sy sy terlmbt bc entry Pak Ngah warded..
    i felt sorry for u, really hope Pak Ngah akan lebih sihat selepas ni..jaga kesihatan and makan ya Pak Ngah.another thing, if pi tmpt public jaga diri.pkai mask jika perlu ya..

    ReplyDelete
  11. Salam..Pak Ngah!!!terkejutnyer..saya baru buka Blog..cos balik kg,line trouble...Harap kesihatan Pak Ngah baik n kembali bertenaga..masih di wad ker nie?????

    ReplyDelete
  12. Semoga Pak Ngah cepat sembuh.. Hospital kerajaan selalunya mmg begitu, ada sedikit birokrasi tentang kemasukan ke wad.. kalau ada kenalan senang jer nak push masuk..haha saya tak ramai kawan di hospital Selayang,tapi di HKL dan Hospital Ampang ramai la..nak masuk IJN?? hehee

    Usually jika jangkitan paru-paru(pneumonia) kita cover dengan IV antibiotic.. ubat antibiotic makan nie lambat cikit..kene pastikan ubat itu habis dimakan mengikut jadual.

    Kalau batuk makin teruk dan sukar utk bernafas pergi ke hospital segera.. biasanya kita buat x-ray utk see condition of the lung.. ada buat tak??

    Take Care..

    ReplyDelete
  13. Linda,
    X-ray dah dua kali. Alhamdulillah antibiotik yang diberi kepada Pak Ngah tu dah habis makan. Batuk dah kurang tapi clogged nose masih ada. Badan masih lemah dan kalau makan apa-apa pun tak tau rasa sedap ke tak sedap ke.

    Yang pelik doktor tu tak ada tentukan tarikh temujanji Pak Ngah dengan dia. Dia lupa atau memang tak ada? Dulu dia kata kalau tak sihat juga setelah ubat tu habis dimakan, maka Pak Ngah mesti masuk wad katanya. Macamana dia nak tau Pak Ngah sihat ke tidak kalau tak ada appointment dgn dia?

    ReplyDelete
  14. Penwar rindu,

    Pak Ngah cuma sempat sehari sahaja di wad emergency. Mula-mula doktor nak masukkan Pak Ngah dalam wad tapi tak ada katil kosong.Jadi dia beri ubat dan suruh Pak Ngah rehat di rumah.

    ReplyDelete
  15. Pak Ngah, sakit dan kesempitan adalah dugaan Allah..yang penting kita sentiasa redha dan terima dengan hati terbuka..yang penting, kita berusaha untuk mencari ubat kapada penyakit..kuasa Allah adalah mutlak dan sunatallah adalah nisbi..

    ReplyDelete
  16. Ohh dia tak bagi appoinment ker?? pelik jer.. simply start antibiotic then tak follow up condition of the patient after that ha.. i don't like this type of Dr..Dia terlupa bagi appoinment kot..Pak Ngah jumpa siapa yer? housemen(HO) or junior MO?.. lebih baik jumpa senior MO atau Consultant..

    Usually kene bg appoinment untuk assess condition of the patient, samaada simptom sudah berkurangan atau tidak, jika perlu pun x-ray kene repeat semula utk lihat lungs dah o.k or not..ia sebagai rawatan susulan penilaian kesihatan.. peliknya kenapa dia tak bagi back-up appoinment?? pak Ngah tak tanya dia ke??

    Kalau dah habis ubat, simptom masih ada lagi, buat satu x-ray di clinic then minta refer to others hospital lah for second opinion,suruh diaorg tulis surat sikit.

    ReplyDelete
  17. Terima kasih atas nasihat itu Linda. Pak Ngah pun dah agak doktor muda tu dah terlupa buatkan appointment Pak Ngah. Mungkin hari tu terlalu ramai pesakit hingga dia jadi tak menentu. So esok insyaAllah Pak Ngah akan pergi ke Pusat Kesihatan UPM untuk periksa keadaan Pak Ngah. TQ Linda.

    ReplyDelete
  18. saya doakan jugak smoga ayah kakyam kembali sehat and boleh pancing2 ikan lagi :D

    ReplyDelete
  19. pak ngah jge diri n kesihatan baik2..
    makan ubat pak ngah..
    klau pak ngah x sihat nanti sape nak ajar kewartawanan foto..
    hehehehe..

    ReplyDelete
  20. pak ngah..
    jge diri n kesihatan baik2..
    makan ubat 2..
    kalau tak sape nak ajar kewartawanan foto nantu..
    hehehe

    ReplyDelete