Thursday, 4 June 2009

Ya Allah, Janganlah kau jadikan ziarah ini sebagai ziarah yang terakhir bagi kami.

Alhamdulillah, pada 24 Mei hingga 4 Jun 2009 yang lepas, Pak Ngah dan Mak Ngah telah pergi buat umrah di Makkah Al-Mukarrah dan Madinah Al-Munawarah. Pak Ngah yakin ramai orang sudah melawat berbagai tempat di dunia seperti New York, London Paris, Tokyo, Beijing, Kuala Lumpur tetapi tak satu pun boleh menandingi umrah ke Makkah dan Madinah. Percayalah cakap Pak Ngah ni.

Kronologi Ziarah Umrah
24 Mei 2009 - Bertolak dari KLIA jam 3.00 petang.

Rombongan yang menghantar Pak Ngah dan Mak Ngah di KLIA.

KLIA mungkin merupakan lapangan terbang yang paling cantik di dunia.


Bila pesawat Saudi Arabian Airline mula masuk ke negara itu, inilah yang Pak Ngah nampak. Padang pasir dan padang batu. Kami tiba di Jeddah pada waktu petang nak masuk waktu Maghrib.

Dari Jeddah kami menaiki bas ke Madinah dan berhenti di surau ini untuk solat Maghrib dan Isyak jamak.

Tiba di Madinah pada 25 Mei, jam 3.00 pagi dan menginap di Hotel Dallah Taibah (di bawah).

Pemandangan dari bilik Pak Ngah.

Dan terus ke Masjid Nabawi (di bawah) untuk solat subuh pada jam 4.00 pagi.


Masjid Nabawi ialah sebuah masjid yang sangat besar, mungkin boleh memuatkan beratus ribu orang dalam satu waktu solat berjemaah. Pak Ngah tak dapat ambil gambar di dalam masjid ini kerana ia tidak dibenarkan oleh pegawai yang menjaga masjid. Jadi Pak Ngah ambil dari luar sahaja.

25 Mei 2009, Isnin - Aktiviti ziarah Maqam Rasullulah (SAW), Abu Bakar (RA) dan Umar (RA). Kemudian bersolat di Raudah di dalam Majid Nabawi (Sorry tak ada gambarnya ... HARAM!!! Kata pengawal maqam).

26 Mei 2009, Selasa - Melawat Masjid Quba.



26 Mei 2009, Selasa - Jabal Uhud.



Bersambung...

13 comments:

  1. selamat kembali pak ngah..hope everything is okay during ur visit to tanah suci....look forward for more story and pictures of course.. :)

    ReplyDelete
  2. fuh.. saspen cerita pak ngah nih. hehehe. sedang menanti-nanti.

    ReplyDelete
  3. aku tau lotfi...kau pon termasuk gak dlm cerita saspen ni gak kan..hehehe

    ReplyDelete
  4. bestnyer Pak Ngah dapat pergi.. Insyaallah nak pergi suatu hari nanti.. Kumpul duit dulu..

    ReplyDelete
  5. selamat kembali pak ngah..tentunya pengalaman2 yg dilalui semasa menunaikan umrah & ziarah terpahat di hati sepanjang masa.
    mudah2an dapat menunaikan fardhu haji pula.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...

    doa2 kan kami pula utk sampai ke sna..amin

    ReplyDelete
  7. Tahniah Pak Ngah, selamat pergi dan pulang dari menunaikan ibadah umrah.. tak sabar nak dengar cerita and see all the picture..he.hee

    ReplyDelete
  8. happy to hear you're back..cant wait to read great story and beautiful pictures form makkah.
    btw, Pak Ngah "Hepi Father's Day"
    :D

    ReplyDelete
  9. Maaf mencelah. Berita gembira dari Allah ttg rezekiNya untuk hambaNya.

    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

    View Profile: Rantong™

    ReplyDelete
  10. moga2 pak ngah di rahmati ALLAH..insyaALLAH

    ReplyDelete
  11. tahniah bang dan kak rose
    lepas ni gi haji pulak..
    rindunya nak bermunajat di raudhah dan bersolat dihadapan kaabah...

    Sabda Rasulullah: Jgnlah kamu perbanyakkan ziarah kecuali ke tiga tempat..ke masjid al-Haram, masjid ku ini (masjid nabawi) dan masjid al-Aqsa" hadith sahih.

    ReplyDelete
  12. klasik nasional..

    klasik......

    hehe~

    ReplyDelete