Wednesday, 20 May 2009

Pejabat Baru Kolej 14

Baru-baru ni pejabat Pak Ngah di Kolej 14, UPM telah berpindah di bangunan baru. Semua staf gembira dengan perpindahan ini sebab dulu pejabat kami sangat sempit dan kurang menarik. Ini dia gambar-gambar pejabat baru tu.

Pejabat Kolej 14 sebenarnya berada di dalam Kompleks Dewan Putra 2. Di sinilah juga pejabat Kolej 12, 15 dan 16 ditempatkan.

Parkir Pengetua K14 yang baru belum ada bumbung.


Ini ialah bahagian depan pejabat Kolej 14. Kalau nak berurusan dengan Pak Ngah kenalah masuk ke dalam pejabat dulu. Staf Kolej 14 pun sedia menolong dengan ikhlas.

Gambar di atas menunjukkan lima daripada lapan staf Kolej 14. Pengurus Kolej 14 ialah Abdul Hadi yang berbaju kuning tu. Yang sedang mengadap monitor tu ialah 'Alim, yang tudung putih ialah Amy, Norlidar yang pakai tudung perang dan Kak Odah di belakang sekali. Mereka ni sedang melihat gambar yang baru Pak Ngah ambil. Uncle dan Hajar tak ada dalam gambar. Mereka ni semua sangat hebat. Rajin, berbudi bahasa, suka menolong dan penyayang kepada semua pelajar di Kolej 14.

Kalau masuk ke dalam pejabat, inilah dia yang akan kamu dilihat.



Pantry pun ada jugak. Kalau lapar boleh masak roti bakar di sini.

"Alim dan Kak Odah memang sangat friendly dan bekerja dengan penuh dedikasi.

Ini antara dua orang yang sangat penting di pejabat Kolej 14. Kalau salah seorang tak ada memang semua tugas akan jadi lembab dan Pak Ngah tak boleh buat kerja.

Ini ialah bilik Pengurus, Abdul Hadi.

Mari kita masuk ke dalam bilik Pengetua Kolej 14 tempat Pak Ngah bekerja.

Kalau ada masalah bolehlah bercerita dengan Pak Ngah disini.

Kebetulan hari Pak Ngah ambil gambar ni, staf Kolej 14 bernama Hajar, menyambut hari kelahirannya. Kami meraikannya dengan acara yang simple tapi sungguh bermakna.


Hajar dan anaknya agak terperanjat dengan acara ini.

Makan time!

Akhir sekali, Pengurus menyampaikan cenderahati kepada Hajar dan mengucapkan tahniah dan selamat panjang umur.

SELAMAT HARI JADI, HAJAR.

4 comments:

  1. Bestnye!!!

    Tak sempay MTMlama nak merasa...
    huhuhu...


    http://demahdali.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. aduhh dah banyak missed pakngah nyer entri..menarik2..

    ReplyDelete
  3. Cantik btul pejabat baru...
    tak sempat nak masuk pejabat baru..huhu

    neway, slamat menjalankn tugas kt pejabat baru pd Pak Ngah,En. Hadi, dan staf2 yang lain...

    K14
    INTELEK CEMERLANG TEGUH

    ReplyDelete
  4. pak ngah...cantik pajabat bru...bley la sy jenguk2 secara wlpn tanpa tugas yer...niway...slmt mnjlnkn tugas di pejabat baru...
    n semoga p.ngah sht sentiasa...
    kolej 14 always in memory=)

    ReplyDelete