Saturday, 23 May 2009

Life at Bagan Lalang with Nikon D700

Bagan Lalang is located by the seaside at the southern part of Selangor. If you are looking for fresh fish this is the place. And if you like camping and observing the beautiful sunset then bring your family here.












As I said before, if you ever go to Bagan Lalang please stay until sunset. The sight is just blissful.

Friday, 22 May 2009

Jawatan Kosong di Nikon Malaysia

Kepada pelajar Pak Ngah dalam bidang Komunikasi dan HRD, pergi ke web ini untuk apply kerja tersebut http://www.nikon.com.my/pagearticle.php?pageid=119-0b958c4dd2

Semoga Allah SWT mengizinkan kamu bekerja di sana. Good Luck.


NIKON (MALAYSIA) SDN BHD, a subsidiary company of Nikon Corporation Japan, an internationally renowned manufacturer and distributor of high quality imaging and industrial equipment products, invites applications for the following position to be based at our HQ office.

HR & General Affairs Executive

Responsibilities:
Provide support for full spectrum of HR function
Handle and coordinate training program according to the HR policies
Manage import & export shipments and to liaise with relevant parties
Support recruitment activities
Assist in any HR initiatives from time to time

Requirements:
Degree in HR Management or equivalent qualification
At least 3 years' working experience in HR Management
Good interpersonal skills
Excellent command of spoken and written in English and Bahasa Malaysia
PC literate
Experience in payroll administration is an added advantage

Candidates are required to submit their application together with a recent passport-sized photograph (n.r.) and contact telephone number to the following address no later than 6 June 2009.


The Human Resource & General Affairs Manager
Nikon (MALAYSIA) SDN BHD (531447-K)
11th Floor, Block A, Menara PKNS
No. 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
Alternatively, you may submit your application via the e-mail address of hr.nmy@nikonoa.net

Wednesday, 20 May 2009

MULTIPURPOSE STUDIO

Dah siap dah. Cuma air-cond belum pasang lagi. Interior studio ini Pak Ngah serahkan kepada Maryam, anak Pak Ngah.







Sebelum ini macam nilah rupanya.





Pejabat Baru Kolej 14

Baru-baru ni pejabat Pak Ngah di Kolej 14, UPM telah berpindah di bangunan baru. Semua staf gembira dengan perpindahan ini sebab dulu pejabat kami sangat sempit dan kurang menarik. Ini dia gambar-gambar pejabat baru tu.

Pejabat Kolej 14 sebenarnya berada di dalam Kompleks Dewan Putra 2. Di sinilah juga pejabat Kolej 12, 15 dan 16 ditempatkan.

Parkir Pengetua K14 yang baru belum ada bumbung.


Ini ialah bahagian depan pejabat Kolej 14. Kalau nak berurusan dengan Pak Ngah kenalah masuk ke dalam pejabat dulu. Staf Kolej 14 pun sedia menolong dengan ikhlas.

Gambar di atas menunjukkan lima daripada lapan staf Kolej 14. Pengurus Kolej 14 ialah Abdul Hadi yang berbaju kuning tu. Yang sedang mengadap monitor tu ialah 'Alim, yang tudung putih ialah Amy, Norlidar yang pakai tudung perang dan Kak Odah di belakang sekali. Mereka ni sedang melihat gambar yang baru Pak Ngah ambil. Uncle dan Hajar tak ada dalam gambar. Mereka ni semua sangat hebat. Rajin, berbudi bahasa, suka menolong dan penyayang kepada semua pelajar di Kolej 14.

Kalau masuk ke dalam pejabat, inilah dia yang akan kamu dilihat.



Pantry pun ada jugak. Kalau lapar boleh masak roti bakar di sini.

"Alim dan Kak Odah memang sangat friendly dan bekerja dengan penuh dedikasi.

Ini antara dua orang yang sangat penting di pejabat Kolej 14. Kalau salah seorang tak ada memang semua tugas akan jadi lembab dan Pak Ngah tak boleh buat kerja.

Ini ialah bilik Pengurus, Abdul Hadi.

Mari kita masuk ke dalam bilik Pengetua Kolej 14 tempat Pak Ngah bekerja.

Kalau ada masalah bolehlah bercerita dengan Pak Ngah disini.

Kebetulan hari Pak Ngah ambil gambar ni, staf Kolej 14 bernama Hajar, menyambut hari kelahirannya. Kami meraikannya dengan acara yang simple tapi sungguh bermakna.


Hajar dan anaknya agak terperanjat dengan acara ini.

Makan time!

Akhir sekali, Pengurus menyampaikan cenderahati kepada Hajar dan mengucapkan tahniah dan selamat panjang umur.

SELAMAT HARI JADI, HAJAR.

Monday, 11 May 2009

Mendirikan masjid adalah perbuatan yang sangat baik

Semalam dalam keadaan sakit gout di tangan, Mak Ngah telah membawa Pak Ngah pergi jemputan kahwin di Bukit Pelandok. Rupa-rupanya ada ramai orang Melayu tinggal di sana di Kampung Jawa. Sempat jugak ambil gambar dalam keadaan tersangat sakit. Kamera Pak Ngah pegang pakai tangan kiri dan petik kamera tu dengan jari tangan kanan yang nasib baik berfungsi lagi tanpa kesakitan. Ini dia video yang sempat Pak Ngah buat dengan dua jari sahaja.


video

Saturday, 2 May 2009

Mahasiswa UPM di Pulau Perhentian

Pak Ngah baru balik dari Pulau Perhentian. Dari 26 hingga 30 April 2009 pelajar-pelajar kursus KOH3432 Kemahiran Komunikasi Antara Perseorangan telah pergi ke Pulau Perhentian untuk melaksanakan projek penyelidikan mereka.

Sebelum bertolak pelajar Pak Ngah diberikan taklimat mengenai projek tersebut.

Semua sudah bersedia. Kami bertolak dari Kolej Canselor, UPM pada jam 11.30 malam.

Inilah dua bas yang dinaiki oleh pelajar dan Pak Ngah.


Kami tiba di Kuala Terengganu pada jam 7.30 pagi dan berhenti untuk sarapan.

Selepas sarapan perjalanan diteruskan ke Kuala Besut untuk naik bot ke Pulau Perhentian.


Menunggu bot di Kuala Besut


Semua dah sedia untuk bertolak ke Pulau Perhentian

Bot yang kami naiki tidak laju. Laut pula tak bergelora. Jadi tak ada orang yang mabuk laut.

Inilah yang mula-mula kami nampak apabila tiba di Pulan Perhentian.

Kanak-kanak Pulau Perhentian baru balik dari Tadika.

Pak Ngah terjun untuk mandi laut di Pulau Perhentian. Macam pro kan?

Di bawah ni anak Pak Ngah nama Ajib pulak yang terjun. Ini disebut sebagai Terjun Katak.