Wednesday, 22 April 2009

Hanst answered my questions on Some Examples of GT Terminologies.

Hi everyone,

I hope someone in this forum can provide me some examples for the following terms that really puzzled me:

1. Core category
2. Substantive codes
3. Theoretical codes
4. Basic social process
5. Gerund

Thanks for your help.

----------------------------------------------------------

Hanst answers:

1. Core category (or variable) - example: cultivating. Odis Simmons discovered that milkmen were cultivating their customers in order to stay in business (this core is probably applicable in other areas such as maintaining friendships, marriages etc).

2. Substantive codes - cultivating is a substantive code that proved to be the core category in Odis's study on milkmen. There were other substantive codes in his study such as nurturing pseudo friendship, which is an important property of cultivating customers, but not real friends.
A substantive code, as I understand it, is a concept that labels a particular pattern of behavior discovered in a particular or substantive field such as the case in the study of milkmen. Not every substantive code generated in a study earns its place in a theory. Some codes do not fit within a particular core variable theory, but may fit with another core variable, if the researcher would choose to do more than one theory in one substantive field, like Glaser & strauss' Time for dying that came after Awareness of dying.

3. Theoretical codes - a code that labels a pattern on the meta level, ie how substantive codes relate to each other. Either in processes, typologies, binaries, conditions, contexts etc etc. Re cultivating, typologies are seen in this theory, and somewhat of a process. Also, power assymetry conditions were there.

4. Basic social process (BSP) - cultivating is an example of a BSP - read more of BSPs in Theoretical Sensitivity. A BSP accounts for most of the variation in change over time, context, and behavior in a studied area.

5. Gerund - is a verb's action noun. If you gerund a verb you give it a process touch. See Gerund Grounded Theory: The Basic Social Process Dissertation, Soc Press 1996. It is often very useful to gerund a core category since process is a common and powerful theo code to use in behavioral research.

Friday, 17 April 2009

PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2008/2009 SUDAH BERMULA

Pagi tadi Pak Ngah pergi mengawas peperiksaan akhir kursus KOH3363 Komunikasi dan Perundingan. Sempat juga ambil gambar pelajar-pelajar yang sedang berfikir mencari jawapan. Semester ini seramai 78 pelajar mengambil kursus ini. Harapan Pak Ngah agar mereka mahir berunding dengan menggunakan komunikasi yang berkesan bila mereka sudah bekerja nanti.




Raya Lambat lagi

Ini video Raya Aidil Fitri tahun 2007

video


Yang ini di Pulau Tuba semasa pelajar interpersonal communication buat Bakti Siswa dan pelajar journalism buat amali di lapangan di Pulau Langkawi.

. video

Wednesday, 15 April 2009

Studio Ajib and Brothers Dalam Pembinaan

Tak lama lagi studio Ajib and Brothers akan siap.

Tapi Pak Ngah rasa diorang tak akan jamming kat situ sebab diorang bukan tau main alat musik. Hehehe. Tujuan Pak Ngah buat studio ni ialah supaya Ajib and brothers tidak pergi jamming di luar. Kalau diorang jamming kat rumah bolehlah Pak Ngah join sekali.


Pak Ngah hadiahkan studio ni kepada diorang sebab Ajib memang rajin tolong bersihkan rumah. Tengoklah gambar dia kat bawah ni, Rajin potong rumput. Pakai jubah pulak tu. Macam kat Jeddah.
Dulu anak-anak Pak Ngah jamming di bahagian dapur lama yang sempit. Kesian pulak tengok diorang tu.


Ada sesiapa nak join the jamming?

Monday, 13 April 2009

AYAH DAN IBU

Untuk semua anak abah yang jauh di perantauan. Remember us always.


video

Tuesday, 7 April 2009

Gambar semasa Bengkel Grounded Theory

Memang ramai orang tidak faham atau tidak tahu langsung apakah sebenarnya Kaedah Penyelidikan Grounded Theory (GT). Bukan pelajar sahaja yang tidak faham atau tidak tahu tetapi ramai juga pensyarah sains sosial di universiti masih kabur mengenainya. Kalau orang tidak faham Pak Ngah rasa itu tak ada masalah. Mereka masih boleh meningkatkan kefahaman mereka dengan belajar. Tetapi orang yang tidak tahu kerana tidak mahu tahu ialah orang yang paling !@#$%^&* dan paling rugi sekali. Ada segelintir pensyarah yang tidak mahu tahu kerana ketaksubannya kepada kaedah penyelidikan yang sering dia gunakan untuk membuat penyelidikan. Dia tidak yakin kaedah penyelidikan yang lain dapat membantunya dalam menyelesaikan masalah kajiannya.

Kita boleh jalankan sebarang penyelidikan menggunakan tiga pendekatan bergantung kepada objektif atau tujuan penyelidikan itu. Pertama ialah kaedah kuantitatif. Kaedah ini selalunya bertujuan untuk membuktikan teori atau menguji seseuatu hipotesis. Misalnya, kita mahu menguji hipotesis yang menyatakan bahawa orang yang kerap menonton televisyen percaya bahawa apa yang dilihat di kaca TV adalah sebuah realiti. Kadang-kadang kaedah ini hanya bersifat deskriptif sahaja. Misalnya, kita ingin tahu berapa ramai remaja suka menonton Akademi Fantasia.

Pendekatan kedua yang boleh digunakan dalam penyelidikan ialah kaedah kualitatif. Pendekatan yang bersifat deskriptif ini ini bertujuan untuk menghurai sesuatu fenomena atau gelagat manusia. Misalnya, kaedah etnografi (mengkaji budaya manusia), fenomenologi (mengkaji makna tentang pengalaman seseorang), narrative design (cerita-cerita) dan sebagainya.

Pendekatan ketiga dalam penyelidikan ialah kaedah umum (general method). Kaedah umum seperti GT ialah kaedah yang bukan bersifat deskriptif seperti kedua-dua pendekatan di atas. GT digunakan untuk menentukan teori atau konsep mengenai fenomena gelagat manusia. Soalan yang perlu diberikan jawapan ialah "Apakah yang berlaku dalam fenomena ini?", "Apa masalah yang dihadapi oleh orang dalam fenomena ini?" dan "Apakah yang mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah itu".

Isu bukti dan validity dalam GT bukanlah suatu isu yang perlu diberikan penekanan kerana ia hanya mahu menentukan suatu konsep atau teori mengenai gelagat manusia. Dalam GT, perbualan atau temubual tidak perlu dirakam dan tidak perlu ditranskripsikan seperti dalam pendekatan kualitatif. Pengkajiunya hanya perlu mendengar dengan teliti dan selepas perbualan dia akan menentukan dan menulis kod-kod yang memberi makna yang mungkin boleh dianalisis untuk menerbitkan teori dari data. "All is data" kata Glaser. Semua yang didengar dan diperhatikan adalah data yang perlu dianalisis.

Phew! Letih pulak lah bercerita panjang mengenai GT ni. Anyway if you like to know more about GT bacalah buku-buku ini yang ditulis oleh Glaser. "Discovery of Grounded Theory", "Theoretical Sensitivity" dan "Doing Grounded Theory". Kalau tak faham jugak bolehlah jadi ahli GT Institute dan bertanya dalam forumnya. Kalau tak faham jugak, bolehlah tanya Pak Ngah. Kalau masih tak faham, maka tak payahlah buat GT sebab !@#$%^&* sangat! GT ialah untuk orang yang matang dan luas pengetahuannya dalam penyelidikan sains sosial. Kalau nak tahu sama ada seorang pensyarah itu matang atau tidak, cubalah tanya kepada dia mengenai GT. Kalau dia tahu macam mana nak buat GT, maka dia memang matang. Senang!

Baru-baru ini Pak Ngah menjemput seorang pakar GT untuk mengajar pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar PhD di fakulti Pak Ngah. Namanya Dr Andy Lowe. Ramai juga yang datang walaupun ada di antara mereka bukan dalam bidang sains sosial. Misalnya, dua orang dalam gambar di bawah ialah jurutera elektrik dari TNB. Yang pakai baju putih tu ialah Dr Ahmad Jaafar, adik Pak Ngah. Yang sedang genggam tangan tu ialah staf dia, juga seorang jurutera.


My brother Dr Ir AJ and his staff member were very attentive during the workshop

Datin Saadiah from TNB was also present. She looked confused, isn't she? Well, confusion is actually a prerequisite in learning GT. If you are not confused, then you actually don't know anything about GT.

Dr Andy Lowe from the Grounded Theory Institute, Mill Valley, California delivered his lecture.

These are some of the participants of the workshop.

I was glad that everything went out smoothly with no problem. I thought Andy was taller than me but it seemed otherwise.