Thursday, 26 March 2009

Pak Ngah Dah Balik

The first time I saw land from the plane, this is what the Philippines looked like.

Transportation in Manila can be very unique but to some, it is very comfortable.

I don't recall the name of the river behind me in Manila

Pak Ngah baru balik dari UPLB atau University of The Philiphines, Los Banos (sebutannya Ban nyos) di Laguna dan juga bandaraya Manila.

Universiti ini memang terkenal di Asia dengan Komunikasi Pembangunan (Development Communication) pada tahun 1970'an hingga 1990'an. Pak Ngah pergi dengan tiga orang pensyarah dan lapan orang pelajar siswazah (Master dan PhD). Kami bertolak pada 19 Mac dan kembali ke tanah air pada 22 Mac 2009.

Di UPLB Pak Ngah menginap di hotel di atas.

Apa yang menarik ialah universiti ini masih kekal seperti keadaan di zaman keagungannya. Bangunan baru tidak didirikan, konti radio pembangunannya juga tidak dikemaskini (masih macam dulu juga). Contohnya, gambar di bawah ini. Wanita dalam gambar ini sebenarnya tour guide kami di UPLB. Dia fasih dalam bahasa Inggeris Amerika.

Ini menimbulkan tanda tanya kepada Pak Ngah sebab ia tidak sesuai dengan gelaran Komunikasi Pembangunan kerana tiada pembangunan dari segi fizikalnya. Pelajar tidak pergi kuliah naik kereta atau motosikal atau bas seperti di UPM tetapi naik Jeepnee.

Inilah caranya pelajar UPLB pergi ke kuliah mereka.

Selepas dua malam di UPLB kami pergi ke Manila naik van Toyota yang mewah. Cuaca sangat panas (36 degrees Celsius).

Tempat pertama kami pergi ialah suatau dataran yang Pak Ngah dah lupa namanya. Di situ ada penjual cenderahati yang boleh bercakap Bahasa Malaysia.

Dataran ini mengikut ceritanya ialah tempat di mana Jose Rizal dihukum mati ditembak. Beliau merupakan seorang wira negara ini kerana perjuangannya menuntut kemerdekaan dari pihak Sepanyol.

Pak Ngah tak beli apa-apa pun di dataran ini sebab harganya sangat mahal berbanding dengan kualiti pembuatannya.

If you are a muslim, Manila may not be the first in your list of the world cities that you really want to visit. Halal food is so scarce or just unavailable. I remember there was a mosque in a slum area of Manila. There was a restaurant but I could only obtain pancakes which I bought as rations for the next day. No nasi and no lauk.

Now let's go to the beautiful side of Manila. Sunset at the Manila Waterfont is just awesome.

The Filipinos claim Manila has the most beautiful sunset in the world. May be they are right but they should also compare it with Bagan Lalang sunset (below).

So what did I learn from this visit? Rain of gold in foreign land, rain of pebbles in our country. Better our country lah! He he he.

14 comments:

  1. jeepnee tu mcm nger je pak ngah...

    ReplyDelete
  2. kih3..pak ngah pendek sgt la citer...
    x pueh baca...hehehe
    teringin gak nk pegi tempat macam tu..pengalaman lan pergi sabah dr kota kinabalu ke tawau naik kereta jer..mmg best tgk perkampungan yg mmg tak de macam kat semenanjung..hijau nature die sgt best...gunung k.kinabalu..seronok bile pergi tempat org..
    tempat sendiri plak lain feel die..hu3..

    ReplyDelete
  3. pakngah,hujan emas di negeri org..hujan batu di negeri sndiri.. better negeri sendiri.. hahaha.. well, seronok dpt tgk negara org...
    kan..kan..kan... ;)

    ReplyDelete
  4. patut pon pak ngah lama tak apdet. ke manila rupanya. Setuju ngan giilans87, tak puas baca cerita pak ngah. banyak moral dan faedah.

    ReplyDelete
  5. Oh pak ngah pergi jalan-jalan rupa nyer, patut lama tak up-date blog..he.hee best nyer..

    Regarding blood pressure yang pak ngah tanya saya itu :

    Systolic : 137 mmHg
    Diastolic : 78 mmHg
    Pulse : 93 b/min

    Result nih nampak o.k tiada masalah.. tak tinggi(hypertension) dan juga tidak rendah (hypotension)..
    so, it's NORMAL pak ngah..

    Nisbah anggaran bacaan normal untuk blood pressure dan pulse supaya senang Pak Ngah nak monitor :

    Systolic : 120 mmHg
    Diastolic : 80 mmHg
    Pulse : 60 to 100 bpm

    Kalau systolic tu melebihi 145/150mmHg and above dan Diastolic melebihi 100mmHg itu dah dikira tekanan darah tinggi(hypertension).

    Bagus Pak Ngah ada set Blood Pressure monitoring di rumah,boleh monitor sendiri.. Ayah saya pun ada satu di rumah.. senang saya nak check blood pressure dia..

    ReplyDelete
  6. Salam people, it feels great when someone responds to your writings. Siapa nak join rombongan student pakngah ke Universiti Gadja Mada, Jogjakarta? Kita boleh tengok Borobudur dan shopping barang kulit di Jalan Maliboro. Bayarannya tak mahal, kata student yg menganjur.

    ReplyDelete
  7. Linda, terima kasih kerana beri panduan ukuran blood pressure tu. Inilah untungnya jika ada org medic yang empatik macam Linda. Pak Ngah ucapkan terima kasih.

    ReplyDelete
  8. You're welcome pak ngah.. ilmu haruslah dikongsi bersama..lebih berkat..kalau patient tanya, saya lagi suka jawab..he.he

    ReplyDelete
  9. patut la lama tak nampak. Pak Ngah pergi Filipina rupenye...hmmm...

    ReplyDelete
  10. pakngah, nak ikut g JOGJA.. bila pergi??? program ape tu??? nak ikut.. nak ikut... bpe kene spend? sy betul2 berminat ni pakngah.. hehehe..

    ReplyDelete
  11. minat mmg minat..tp duit tu yg x minat..kene kene spend bape eh??
    bape ken bayar pak ngah??
    safa nak pegi tu..hu3

    ReplyDelete
  12. love ur story.penuh makna dan moral.looking forward for next episode.yey!

    ReplyDelete
  13. erm memang ler pak nagh hujan negeri sendiri lagi bek..but kalu byk pg neg orng best..hehehe..dapat tgok ragam n budaya kat saner!!!!!kalu fara ley nk jerk pegi melancong..hehhehehe..ala2 bagpackers gtu..baru advanture...hehehe

    ReplyDelete
  14. Salam alaik Pak Ngah...
    Jangan lupa lawat blog SERUAN ye...

    http://seruan14.blogspot.com

    ReplyDelete