Thursday, 26 March 2009

Pak Ngah Dah Balik

The first time I saw land from the plane, this is what the Philippines looked like.

Transportation in Manila can be very unique but to some, it is very comfortable.

I don't recall the name of the river behind me in Manila

Pak Ngah baru balik dari UPLB atau University of The Philiphines, Los Banos (sebutannya Ban nyos) di Laguna dan juga bandaraya Manila.

Universiti ini memang terkenal di Asia dengan Komunikasi Pembangunan (Development Communication) pada tahun 1970'an hingga 1990'an. Pak Ngah pergi dengan tiga orang pensyarah dan lapan orang pelajar siswazah (Master dan PhD). Kami bertolak pada 19 Mac dan kembali ke tanah air pada 22 Mac 2009.

Di UPLB Pak Ngah menginap di hotel di atas.

Apa yang menarik ialah universiti ini masih kekal seperti keadaan di zaman keagungannya. Bangunan baru tidak didirikan, konti radio pembangunannya juga tidak dikemaskini (masih macam dulu juga). Contohnya, gambar di bawah ini. Wanita dalam gambar ini sebenarnya tour guide kami di UPLB. Dia fasih dalam bahasa Inggeris Amerika.

Ini menimbulkan tanda tanya kepada Pak Ngah sebab ia tidak sesuai dengan gelaran Komunikasi Pembangunan kerana tiada pembangunan dari segi fizikalnya. Pelajar tidak pergi kuliah naik kereta atau motosikal atau bas seperti di UPM tetapi naik Jeepnee.

Inilah caranya pelajar UPLB pergi ke kuliah mereka.

Selepas dua malam di UPLB kami pergi ke Manila naik van Toyota yang mewah. Cuaca sangat panas (36 degrees Celsius).

Tempat pertama kami pergi ialah suatau dataran yang Pak Ngah dah lupa namanya. Di situ ada penjual cenderahati yang boleh bercakap Bahasa Malaysia.

Dataran ini mengikut ceritanya ialah tempat di mana Jose Rizal dihukum mati ditembak. Beliau merupakan seorang wira negara ini kerana perjuangannya menuntut kemerdekaan dari pihak Sepanyol.

Pak Ngah tak beli apa-apa pun di dataran ini sebab harganya sangat mahal berbanding dengan kualiti pembuatannya.

If you are a muslim, Manila may not be the first in your list of the world cities that you really want to visit. Halal food is so scarce or just unavailable. I remember there was a mosque in a slum area of Manila. There was a restaurant but I could only obtain pancakes which I bought as rations for the next day. No nasi and no lauk.

Now let's go to the beautiful side of Manila. Sunset at the Manila Waterfont is just awesome.

The Filipinos claim Manila has the most beautiful sunset in the world. May be they are right but they should also compare it with Bagan Lalang sunset (below).

So what did I learn from this visit? Rain of gold in foreign land, rain of pebbles in our country. Better our country lah! He he he.

Tuesday, 10 March 2009

Penyelidikan Grounded Theory


Boleh tak kamu ceritakan sedikit apa yang berlaku
di pejabat kamu bila boss tak ada.

Sunday, 1 March 2009

IQ, SQ dan Persepsi (A tribute to Neela and Tan Sri)

Cerita hari ini ialah mengenai persepsi. Bahagian pertama dulu Pak Ngah tulis dalam Bahasa Inggeris dan kali ini dalam Bahasa Melayu.

Peristiwa ini berlaku di padang golf juga iaitu Kelab Golf Kuala Kubu Baru (KGKKB) mungkin dalam tahun 1995. KGKKB bukanlah padang golf mewah seperti yang selalu kita dengar dalam radio dan lihat dalam TV dan akhbar serta majalah. Ia sebuah padang golf milik kerajaan Negeri Selangor dibina untuk orang-orang berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya yang bekerja di Pekan Kuala Kubu Baru. Terima kasih Negeri Selangor.... negeriku.

Kalau kamu pernah bermain golf di sana kamu mesti sudah banyak berjumpa atau bernain golf dengan orang-orang yang bekerja sebagai kerani, peniaga kecil, kontraktor kecil, guru, polis, tentera, firemen, posmen dan drebar. Pendek kata, memang sukar nak jumpa orang yang berstatus tinggi bermain di situ. Maklumlah KGKKB bukannya hebat sangat dan yuran bulanannya sangat rendah. Orang kaya dan berstatus tinggi tidak mungkin mahu bermain golf di situ. Jatuh standard punya!

Di KGKKB Pak Ngah ada seorang kawan baik yang selalu bermain golf bersama Pak Ngah. Namanya Neelakandan, seorang drebar bas sekolah berketurunan India. Dia datang main golf dengan memandu bas sekolah miliknya. Bila dia parking, semua tempat parking habis untuk parking bas dia seorang saja. Neelakandan ialah seorang manusia yang baik dan berdisiplin tinggi. Pak Ngah masih ingat lagi bila dia menegur Pak Ngah kerana letak bola golf atas tee yang dicacak senget. Katanya, kalau perkara kecil macam tu pun tak boleh buat dengan baik, macam mana nak buat perkara yang lebih besar. Tak sangka Neela seorang yang berfalsafah bertaraf PhD.

Baru-baru ini Pak Ngah pergi ke pekan Kuala Kubu Baru dengan Mak Ngah dan kami tumpang gembira dan bangga kerana Neela sudah menjadi pemilik restoran kari kepala ikan halal dan pemilik bas sekolah yang terkenal di pekan kecil itu. Neela bukannya berpelajaran tinggi cuma MCE gred 3 tapi kejayaan hidupnya boleh dijadikan contoh.

Memang benarlah pendapat yang mengatakan bahawa IQ tak boleh menjanjikan kejayaan dalam hidup tetapi EQ boleh! Kalau kita lihat dalam sejarah, orang yang berjaya dalam hidup bukan orang yang genius tapi orang yang sabar, tidak putus asa, sentiasa disenangi atau pendeknya stabil emosi. Contohnya, Matsushita atau yang lebih hebat Rasulullah Nabi Muhamad S.A.W.

Orang yang ada IQ tinggi pun ada masalah. Mereka selalunya terlalu ego, sensitif dan emosional. Ditegur sikit dah marah, merajuk dan mungkin makan hati. Cuba ingat kembali math genius dari University of Oxford yang jadi kebanggaan Malaysia, Sufiah Yusuf, yang sekarang sangat pandai mengira wang yang diberikan oleh pelanggannya saja. Nasib baiklah yang dapat 17 A tu tak jadi macam tu. Haaa! Baru teringat, ada seorang lagi dari University of Oxford yang IQ tinggi tapi EQ corot. Cuba teka siapa dia? Pandai... betullah tu! Sebenarnya dia betul-betul buat malu company alumni University of Oxford seperti Mahatma K Gandhi.

Orang-orang yang IQ tinggi janganlah ambil hati! Dan orang-orang yang EQ tinggi janganlah pulak bangga sangat! EQ boleh meningkat atau merosot sepertimana iman yang boleh naik dan turun. IQ macam mana? Sorry lah, IQ tak boleh ditingkatkan atau diturunkan. Kalau dah 160, memanglah sampai mati pun genius. Kalau dah bawah 100, maka sampai matilah jadi moron dan idiot! Tapi jadi idiot atau moron pun kadang-kadang lebih baik daripada jadi genius. Moron dan idiot emosinya selalu stabil. Kena marah pun dia boleh senyum lagi. Dia tak ambil hati dan juga pemaaf. Dia sedar diri. Bukan macam orang IQ tinggi yang tak sedar diri. Mungkin moron dan idiot tidak mempunyai memory yang besar pada otaknya. Kedut otaknya (surface area of the brain) mungkin kurang agaknya. Maka dia jadi pelupa. Lupa orang ejek dia, lupa orang marah dia, lupa sifir, lupa fakta, lupa macam-macam. Cuba tonton video Forrest Gump.

Orang IQ rendah bila peperiksaan banyak dapat F (Fantastic). Oh ya! Teringat Pak Ngah cerita lucu ni. Pada suatu hari seorang budak (IQ rendah) yang gagal semua matapelajarannya (dapat F) dalam ujian di sekolah meminta bapanya menandatangani kad laporan bulanannya. Bila bapanya (juga IQ rendah) lihat semua matapelajaran dia dapat F dan berwarna merah, maka dia bertanya dengan anaknya apa maksud F dan warna merah itu. Anaknya menjawab:

"A is awful, B is Bad, C is credit, D is distinction, E is excellent and F is fantastic"

Kedua-dua mereka sangat gembira (emosi stabil).


Alamak! Pak Ngah dah digress jauh ni. Nanti Pak Ngah sambung lagilah pasal Tan Sri pulak...