Friday, 13 February 2009

Mendengar Menguntungkan Bahagian 2

Sebelum Pak Ngah bercerita mengenai Bahagian 2 ni, Pak Ngah sambung sikit lagi cerita Bahagian 1 dulu tu. Bila Pak Ngah sampai ke rumah dengan telur-telur ayam pemberian taukey telur tu, Mak Ngah bertanya di mana Pak Ngah beli telur-telur tu. Pak Ngah jawab dengan jujur.

"Telur ini abang dapat percuma dari seorang taukey telur di padang golf"

Jawapan pelik (walaupun jujur) seperti ini hanya mengundang kesangsian kepada pendengarnya. Susah juga nak meyakinkan dia. Betul ke kata orang, kaum wanita lebih percaya kepada cerita rekaan daripada fakta yang benar dan jujur? Mungkin kot. Tetapi yang nyata orang sukar untuk percaya bahawa mendengar sangat menguntungkan.

OK sekarang kita terus ke Bahagian 2. Beberapa tahun dahulu Pak Ngah pernah memberi ceramah kepada sekumpulan pegawai JAKIM bertajuk "KEMAHIRAN KOMUNIKASI". Semasa Pak Ngah menerangkan pentingnya menjadi seorang pendengar yang baik dengan kisah Pak Ngah di padang golf tu, seorang ustaz mengangkat tangan dan mahu berkongsi cerita. Ini dia ceritanya.

Seorang remaja Melayu berumur 17 tahun dari Kg Datok Keramat, Kuala Lumpur telah dimasukkan ke wad hospital kerana sakit. Dia ditempatkan disebelah katil seorang lelaki tua keturunan Cina yang telah lama berada di hospital itu. Lelaki tua ini sangat kesunyian kerana anak-anaknya jarang menziarahinya. Kalau mereka datang pun kunjungan mereka hanya mengambil masa yang sangat singkat, hanya beberapa minit. Dia seorang yang banyak harta, tetapi tidak menikmati kebahagian dalam hidupnya. Isterinya telah meninggal dunia dan dia tidak ditemani oleh sesiapa di dalam hospital itu.

Ada satu keistimewaan pada diri remaja dari Kg Datok Keramat ini. Dia peramah, suka mendengar orang bercerita dan empatik. Dia menyapa orang tua itu dan banyak bertanya soalan. Dia mendengar orang tua itu bercakap, dia memparafrasa dan dia mendengar lagi.

Orang tua yang kesunyian itu merasa terhibur dengan kehadiran remaja Melayu itu. Dia bukan dihiburkan oleh remaja itu tetapi menghibur dirinya sendiri kerana dapat meluahkan perasaannya kepada remaja itu. Manusia amat perlu berkomunikasi seperti mana manusia perlu makan dan minum.

Hubungan mereka bertambah akrab setiap hari. Jadi seperti bapa dengan anak. Selepas tiga minggu, remaja itu pulih dari penyakitnya dan dibenarkan pulang. Tinggallah orang tua itu seorang diri semula.

Tetapi walaupun telah meninggalkan wad hospital, remaja itu kerap datang menziarahi orang tua itu. Kadang-kadang dia membawa buah tangan. Remaja itu seorang yang empatik. Dia memahami perasaan dan kesunyian orang tua itu.

Pada suatu hari, remaja itu datang menziarahi orang tua itu tetapi katilnya kosong. Dia bertanya dengan jururawat ke mana perginya orang tua itu. Jururawat menjelaskan bahawa orang tua itu sudah meninggal dunia pada sebelah paginya. Remaja itu menangis.

Selang beberapa bulan, remaja itu telah menerima sepucuk surat daripada sebuah pejabat peguam. Surat itu meminta dia hadir ke pejabat dengan segera. Maka dia terus pergi menemui peguam itu dengan bapanya.

Sampai di sana, peguam menerangkan bahawa dia mewakili mendiang orang tua keturunan Cina yang pernah duduk bersebelahan dengan remaja itu semasa di wad hospital dulu. Dia terus membacakan wasiat.

Kandungan wasiat itu menyatakan bahawa semua hartnya diserahkannya kepada remaja itu. Tidak ada satu sen pun diberikan kepada anaknya sendiri.

MasyaAllah. Kisah ini kisah benar. Tak tau lah Pak Ngah kalau ustaz tu buat cerita rekaan. Kalau dia menipu maka menipulah Pak Ngah. Tetapi apa sebenarnya moral cerita ni ya?

ORANG TUA TIDAK MAHUKAN HARTA KITA. MEREKA HANYA MAHUKAN TELINGA KITA. KALAU KITA BERI MEREKA TELINGA KITA, MUNGKIN MEREKA AKAN BERIKAN HARTA MEREKA KEPADA KITA.

Manalah tau nanti, Pak Ngah pulak yang menerima surat daripada pejabat peguam meminta Pak Ngah datang mendengar wasiat yang berbunyi:

"AKU SERAHKAN SEMUA LADANG AYAM TELURKU KEPADA ..."

Hehehehehe. Mungkin! Siapa tahu. Mendengar memang menguntungkan. Jadi DENGARLAH!

24 comments:

  1. pak ngah..kalau betul dpt ladang telur tu..ingat2 la kat saya ek...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Ladangnya kamu ambiklah....PakNgah naktelur aje...hehehehehehe.

    ReplyDelete
  3. em saya pernah dengar cerita ni jugak..em komunikasi ni kalo pandai dan betul cara nya macam2 manfaat pada kita kan..
    em pak ngah telur2 tu bawak la dalam kelas koh3432 nanti..hehehe..

    ReplyDelete
  4. best cerita..nnt pak nGah smbg part 3 na.tak sabaq nk mendengar ni.nnt kalu pak Ngah dtg penang bolehlah sy blanja main snow kat sini..cendol pdg kota :)

    ReplyDelete
  5. pakngah bagi saya ladangnya dan ayam-ayamnya sekali tau.. hahahaha..

    ReplyDelete
  6. Apalah korang ni. Orang tua tu belum mati lagi korang nak ladanglah, nak ayamlah nak telurlah. Ini macam cerita TIGA ABDUL bunyinya.

    ReplyDelete
  7. Siti,

    Kat UPM Serdang ada cendol power, cendol terkenang, cendol teringin, cendol syahdu, cendol tongkat ali dan macam-macam. Kat sana ada cendol syahdu, tak? Cendo ni kalau minum.... masyaAllah syahduuuu.

    ReplyDelete
  8. masyaAllah..nama cendol...kena try ni :D

    ReplyDelete
  9. xper la pak ngah...saya x nak ambik ladang tu...karang hari2 dengar ayam bercerita sbb nak jadi communitor terbaik... :)

    kelas malam ni jgn lama sangat ek pak ngah..hehehehe

    ReplyDelete
  10. em kalau nak cendol pak ngah kat tempat saya mmg ada yg sedap punya..leh datang kuala kangsar, perak..mmg delicious..sambil tu bleh rasa laksa buyung..gi labu sayong..n very nice landscape at there..trust me..=)

    ha pak ngah citer la dlm kelas koh3432 utk student hrd & kom.. =)

    ReplyDelete
  11. adeh,kat sini takde lah pak nGah cendol2 hebat tu..kalu gitu sy kena p upm la jwbnya..kena cuba ni..kasi campur semua..hehehe

    ReplyDelete
  12. Siti,

    Kalau campur semua, namanya ABC. HEHEHEHE.

    ReplyDelete
  13. pernah cuba x ABC Special kat Restoran Santai...restoran ni ader kat tesco ampang, tesco damansara and kat TTDI..sedap....

    ReplyDelete
  14. Marvic,

    Janganlah iklan aje... belanjalah kami ni semua.

    ReplyDelete
  15. Roslan,

    Pak Ngah nak pergi mancing layang di Tasik Banding cuti semester nanti. Kamu ada di KK tak masa tu?

    ReplyDelete
  16. aah,,ye tak ye...jd ABCDEFG...hehehe
    tasik banding..best tu..sy penah pi dah.mesti buleh dpt byk ikan.buat msk stim..yumyum :D

    ReplyDelete
  17. Cerita bab cendol pak ngah, waktu bila sebenarnya sesuai kita menikmati nikmat cendol sebenarnya,..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..pakngah...cite ni saya dengar masa kursus pakngah kat USM..insyaAllah semoga kita semua dapat manfaat daripada cite pakngah yang syahdu ni...

    best la blog pakngah..banyakkan lagi info how to communicate iffectivly..

    nanti kalo pakngah datang kelantan lagi bleh kita pegi memancing..saya memang peminat setia memancing..tapi cara tradisi jer..tak pandai guna teknik flying fishing nih..bleh la saya menuntut ilmu dengan pakngah..itu pun kalo pakngah sudi ajar..

    wassalam..insyaAllah i'll be the follower of you blog..blog yang bermanfaat.credit utuk pakngah..

    -hishamudin...A.R.UiTM Machang Kelantan

    ReplyDelete
  19. Roslan to Pak Ngah..
    Bleh jer pak ngah..kalo betul nak turun contact saya dulu..bleh la skit2 saya kasi tour pak ngah kat hometown saya yg kecil ni..
    em rajin nyer pak ngah gi mancing..

    p/s=pada yg lain2 leh jer join pak ngah tour kat kuala kangsar..kejap pun tak pe..kuala kangsar a.k.a bandar di raja...=)

    ReplyDelete
  20. jgn banyak sgt makan telur bang, kolestrol...kekadang menjadi pendengar yg baik bahaya juga..org mudah terpikat kat kita, kita pula terbuka hati..balik rumah dimarah bini..he he. Khamis ni sarip turun Putra Jaya, tapi jumaat balik KK semula...

    ReplyDelete
  21. Adinda Sarip,

    Khamis malam Jumaat tu tidur aje di Bagan Lalang. Kami bertiga beranak aje (Abg, Hadi, Hakim). Kak Rose pergi kerja di Penang.

    ReplyDelete
  22. Terima kasih Roslan. Nanti kami akan ke rumah Roslan masa cuti semseter.

    ReplyDelete
  23. harunya dengar cerita tu.. best2 !! Pak Ngah, citer la lagi..

    ReplyDelete