Sunday, 1 March 2009

IQ, SQ dan Persepsi (A tribute to Neela and Tan Sri)

Cerita hari ini ialah mengenai persepsi. Bahagian pertama dulu Pak Ngah tulis dalam Bahasa Inggeris dan kali ini dalam Bahasa Melayu.

Peristiwa ini berlaku di padang golf juga iaitu Kelab Golf Kuala Kubu Baru (KGKKB) mungkin dalam tahun 1995. KGKKB bukanlah padang golf mewah seperti yang selalu kita dengar dalam radio dan lihat dalam TV dan akhbar serta majalah. Ia sebuah padang golf milik kerajaan Negeri Selangor dibina untuk orang-orang berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya yang bekerja di Pekan Kuala Kubu Baru. Terima kasih Negeri Selangor.... negeriku.

Kalau kamu pernah bermain golf di sana kamu mesti sudah banyak berjumpa atau bernain golf dengan orang-orang yang bekerja sebagai kerani, peniaga kecil, kontraktor kecil, guru, polis, tentera, firemen, posmen dan drebar. Pendek kata, memang sukar nak jumpa orang yang berstatus tinggi bermain di situ. Maklumlah KGKKB bukannya hebat sangat dan yuran bulanannya sangat rendah. Orang kaya dan berstatus tinggi tidak mungkin mahu bermain golf di situ. Jatuh standard punya!

Di KGKKB Pak Ngah ada seorang kawan baik yang selalu bermain golf bersama Pak Ngah. Namanya Neelakandan, seorang drebar bas sekolah berketurunan India. Dia datang main golf dengan memandu bas sekolah miliknya. Bila dia parking, semua tempat parking habis untuk parking bas dia seorang saja. Neelakandan ialah seorang manusia yang baik dan berdisiplin tinggi. Pak Ngah masih ingat lagi bila dia menegur Pak Ngah kerana letak bola golf atas tee yang dicacak senget. Katanya, kalau perkara kecil macam tu pun tak boleh buat dengan baik, macam mana nak buat perkara yang lebih besar. Tak sangka Neela seorang yang berfalsafah bertaraf PhD.

Baru-baru ini Pak Ngah pergi ke pekan Kuala Kubu Baru dengan Mak Ngah dan kami tumpang gembira dan bangga kerana Neela sudah menjadi pemilik restoran kari kepala ikan halal dan pemilik bas sekolah yang terkenal di pekan kecil itu. Neela bukannya berpelajaran tinggi cuma MCE gred 3 tapi kejayaan hidupnya boleh dijadikan contoh.

Memang benarlah pendapat yang mengatakan bahawa IQ tak boleh menjanjikan kejayaan dalam hidup tetapi EQ boleh! Kalau kita lihat dalam sejarah, orang yang berjaya dalam hidup bukan orang yang genius tapi orang yang sabar, tidak putus asa, sentiasa disenangi atau pendeknya stabil emosi. Contohnya, Matsushita atau yang lebih hebat Rasulullah Nabi Muhamad S.A.W.

Orang yang ada IQ tinggi pun ada masalah. Mereka selalunya terlalu ego, sensitif dan emosional. Ditegur sikit dah marah, merajuk dan mungkin makan hati. Cuba ingat kembali math genius dari University of Oxford yang jadi kebanggaan Malaysia, Sufiah Yusuf, yang sekarang sangat pandai mengira wang yang diberikan oleh pelanggannya saja. Nasib baiklah yang dapat 17 A tu tak jadi macam tu. Haaa! Baru teringat, ada seorang lagi dari University of Oxford yang IQ tinggi tapi EQ corot. Cuba teka siapa dia? Pandai... betullah tu! Sebenarnya dia betul-betul buat malu company alumni University of Oxford seperti Mahatma K Gandhi.

Orang-orang yang IQ tinggi janganlah ambil hati! Dan orang-orang yang EQ tinggi janganlah pulak bangga sangat! EQ boleh meningkat atau merosot sepertimana iman yang boleh naik dan turun. IQ macam mana? Sorry lah, IQ tak boleh ditingkatkan atau diturunkan. Kalau dah 160, memanglah sampai mati pun genius. Kalau dah bawah 100, maka sampai matilah jadi moron dan idiot! Tapi jadi idiot atau moron pun kadang-kadang lebih baik daripada jadi genius. Moron dan idiot emosinya selalu stabil. Kena marah pun dia boleh senyum lagi. Dia tak ambil hati dan juga pemaaf. Dia sedar diri. Bukan macam orang IQ tinggi yang tak sedar diri. Mungkin moron dan idiot tidak mempunyai memory yang besar pada otaknya. Kedut otaknya (surface area of the brain) mungkin kurang agaknya. Maka dia jadi pelupa. Lupa orang ejek dia, lupa orang marah dia, lupa sifir, lupa fakta, lupa macam-macam. Cuba tonton video Forrest Gump.

Orang IQ rendah bila peperiksaan banyak dapat F (Fantastic). Oh ya! Teringat Pak Ngah cerita lucu ni. Pada suatu hari seorang budak (IQ rendah) yang gagal semua matapelajarannya (dapat F) dalam ujian di sekolah meminta bapanya menandatangani kad laporan bulanannya. Bila bapanya (juga IQ rendah) lihat semua matapelajaran dia dapat F dan berwarna merah, maka dia bertanya dengan anaknya apa maksud F dan warna merah itu. Anaknya menjawab:

"A is awful, B is Bad, C is credit, D is distinction, E is excellent and F is fantastic"

Kedua-dua mereka sangat gembira (emosi stabil).


Alamak! Pak Ngah dah digress jauh ni. Nanti Pak Ngah sambung lagilah pasal Tan Sri pulak...



11 comments:

  1. em kali ni pakngah kongsi citer lame pakngah dan baru...hope pak ngah sehat selalu..
    em paper pun cant wait nak baca lg posting pangah ni..mmg EQ ni penting la...korang pandai mane pun..baik pandai EQ lg..hu3..

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan fakta yang Pak Ngah bagi ni tentang EQ dan IQ.. segala pengalaman harus dijadikan teladan..

    Continue the story..he.hee

    ReplyDelete
  3. masa saya sekolah dulu, ayah saya selalu marah kalau masa nak dtg ambik my report card..sbb pen merah lebih byk dr pen biru.mmg malu la masa tu sbb dia marah depan cikgu and classmate.tapi sekarang dia dah x marah2 lagi dah sbb dia dah nampak where is my future heading to...

    ReplyDelete
  4. Pak ngah, pernah dengar tak ESQ165, klu pak ngah join kursus tu dia ajar semua IQ, EQ, SQ..
    benda nie diperlukan dalam hidup....

    ReplyDelete
  5. boley sy blaja kat sini camne nak tingkatkan EQ...mmg penting

    ReplyDelete
  6. salam..aper yg pakngah cakap i btol...tapi pandangan peribadi ler eq dan iq tu penting..yg pntg dapat kawal diri...

    ReplyDelete
  7. pak ngah..
    sy cadang kan pak ngah boleh tambahkan ruangan chatting kat sebelah page pak ngah macam blog saya..mcm2 org leh komen kan nti pak ngah..hehehehe

    ReplyDelete
  8. setuju 100% kalau pak ngah tambah ruang chat kat tepi blog ni...

    ReplyDelete
  9. Macam mana caranya nak letak chat tu? Pak Ngah tak tau. Boleh ajar tak?

    ReplyDelete
  10. pak ngah minta la ajib ajarkan...dia kan ader letak ruangan chat kat sidebar blog dia...nanti boleh la kita chat kat situ je... lol

    ReplyDelete
  11. pak ngah klik link nih..http://www.shoutmix.com/main/signup.php untuk sign up box chatting ni..nak terang lanjut mmg banyak jugak..=p

    p/s=pak ngah sambung balik la cerita forest gump tu nanti pak ngah..hehehe..best la plak..

    ReplyDelete