Sunday, 30 September 2007

Kononnya

Kononnya aku ni nak jadi penulis bila dah pencen nanti. Tapi nak nulis tu malas benar rasanya. Macam-macam cara dah aku buat untuk jadi minat menulis ni tapi sampai hari ni minat aku bukan makin baik tapi makin teruk.

Aku dah baca macam-macam buku kononnya nak jadi penulis. Buku Melayu, buku Indonesia, buku orang putih, buku orang hitam semuanya sudah. Kalau buku orang putih tu bermula daripada Journaling For Idiots, Creative Writing for Idiots, hinggalah kepada Chicken Soup for Idiots, minta ampun Chicken Soup for Writers sebenarnya. Aku ada juga langgan majalah dari America yang tajuknya Writers. Konon nak belajar nulis. Tapi tak tulis juga.

Agaknya aku kena writer's block, tak? Hah, belum jadi writer dah ngaku kena writer's block. Belum nulis apa-apa lagi dah ngaku kena block. Ini bukan writer's block, ini goblok yang malas mahu menulis. Sampai kapan aku harus jadi begini, ya? Nggak mahu menulis kerana nggak ada mood. Jelas sekali mood itu sedang mengontrol aku agar jangan mahu menulis. Berensek!

Perhaps, I need someone to motivate me to write immediately. Now! But who? I can think of no one but my own goodself. Can I motivate myself? Why not? Many great writers do that. They talk, praise, and reward themselves whenever they reach the point of blockage.

May be writer's block really is a situation when I am out of ideas because I don't have ideas because I don't read because I have other things to do besides reading. That's it.

3 comments:

  1. Hmm ajib rasa abah kena rajin tangkap gambar dan ceritakan tentang gambar tu..Realy enjoy to do that..Tu la ape yg ajib buat dekat blog ajib..hehe

    ReplyDelete
  2. Sarip rasa kita memiliki penyakit yg sama...dah byk sgt ceramah dan dpt duit..he he..tu yang jadi malas menulis. Bezanya ceramah, tak didokumentasikan, tulisan sampai kita dah takde masih boleh dibaca...abg memiliki kemampuan menulis yg sgt baik, santai dan bersahaja...bukan sahaja dlm komunikasi malah motivasi. Nanti abg pencen, kita buka consultant? He he..anak-anak kita jadi trainer.

    ReplyDelete
  3. Assalum alaikum adinda Sarip,
    Abang rasa kita kena berhenti bagi ceramah baru ada mood nak nulis. Kalau bercakap memang banyak boleh di sampaikan dalam masa seminit tapi kalau nulis tak ada banyak yang boleh disampaikan dalam seminit. 15 minit bercakap bersamaan dengan 1 jam menulis. Hehehehe.

    Jangan lupa datang kursus kaedah penyelidikan Grounded Theory di tempat abang tau. Kalau ada pensyarah lain yang minat bagi taulah ya?

    ReplyDelete